Pemasangan sistem solar di sekolah orang asli kampung bongor, tasik banding gerik bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat Universiti (USR) berimpak

Leman, Alif Syazani and Zulkernain, Muhammad Zahir and Samsul Rijal, Nurhidayah and Abd Rased, An Nisha Nur Welliana and Ramlan, Muhammad Ruzaini and Mohd Hashim, Mohamad Haszirul and Abdul Ghani, Nurul Izza and Abdul Aziz, Mohammad Miqdad and Anuwar, Fahteem Hamamy and Che Ahmad, Suhairi Rizuan and Dandu, Mohd Akram and Salleh, Najiyah and Hashim, Azmi and Hakimie, Mohd Helmy and Wahab, Dasuki (2024) Pemasangan sistem solar di sekolah orang asli kampung bongor, tasik banding gerik bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat Universiti (USR) berimpak. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 104. ISBN 9789672948674
Abstract

Tangungjawab Sosial Korporat Universiti (USR) adalah satu kewajipan pengurusan sesebuah universiti untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan juga universiti. USR juga merupakan komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan komuniti luar bandar serta meningkatkan imej universiti. Sehubungan dengan itu, menyedari kepentingan perkara ini, Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute (UniKL BMI) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) Cawangan Perak telah mengambil inisiatif menjalankan pemasangan sistem solar di Sekolah Kampung orang asli Bongor Tasik Banding Gerik Perak. Objektif pemasangan sisitem ini adalah untuk memberi keselesaaan kepada pengguna orang asli untuk aktiviti pembelajaran dan juga aktiviti sosial yang boleh dilaksanakan di kawasan sekolah. Temubual bersama penduduk orang asli dan pegawai NGO USR pemasangan solar sekolah Kampung Bongor sangat berpuas hati dengan pemasangan ini. Keperluan sekolah yang kondusif dapat mengelakkan ketidakhadiran anak-anak orang asli ke sekolah. Ini juga menyebabkan keciciran pelajaran akademik antara mereka. Akhir sekali program USR ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar universiti untuk mempratikkan ilmu yang dipelajari ke situasi sebenar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133167.pdf]
Text
133167.pdf
Download (970kB)
Indexing & Metrics