Mendidik tahap profesionalisme di kalangan pelajar ukur bangunan melalui kerja-kerja pembersihan dalam tanggungjawab sosial Universiti (USR) di Surau Al Ikhlas Seri Iskandar Perak

Ramlan, Muhammad Ruzaini and Abd Rased, An Nisha Nur Welliana and Samsul Rijal, Nurhidayah and Zulkernain, Muhammad Zahir and Mohd Hashim, Mohamad Haszirul (2024) Mendidik tahap profesionalisme di kalangan pelajar ukur bangunan melalui kerja-kerja pembersihan dalam tanggungjawab sosial Universiti (USR) di Surau Al Ikhlas Seri Iskandar Perak. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 103. ISBN 9789672948674
Abstract

Kerja-kerja Tanggungjawab Sosial Universiti adalah tanggungjawab warga universiti bagi meningkatkan tahap kemahiran berinteraksi dikalangan masyarakat. Ia juga dapat mendidik terutama di kalangan pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka berinteraksi serta bersosial bersama masyarakat. Ini adalah sangat penting terutama kepada pelajar sebagai satu persiapan untuk meningkatkan lagi kemahiran sebelum menempuh alam pekerjaan. Juruukur bangunan bertanggungjawab mengkoordinasi pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan terancang tetapi terdapat pelbagai masalah diantaranya kurang pengetahuan dan pengalaman menyebabkan kegagalan dalam pengurusan. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mendidik dan membentuk keperibadian pelajar terhadap kemahiran mereka dalam menyumbang kepada masyarakat bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme mereka dalam kerja tanggungjawab sosial universiti. Objektif kedua adalah memberi sumbangan daripada Jabatan Ukur Bangunan kepada komuniti setempat dalam bentuk tenaga kerja, ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kaedah kajian yang dijalankan adalah berdasarkan soalselidik yang diberikan kepada peserta dan pengagihan tugas penyelenggaraan bangunan. Hasil kajian yang dijalankan dapat dijadikan satu parameter dikalangan pelajar terhadap tahap kemahiran profesionalisme mereka melalui kerja-kerja Tanggungjawab Sosial Universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133165.pdf]
Text
133165.pdf
Download (969kB)
Indexing & Metrics