Abstract
Kerja-kerja Tanggungjawab Sosial Universiti adalah tanggungjawab warga universiti bagi meningkatkan tahap kemahiran berinteraksi dikalangan masyarakat. Ia juga dapat mendidik terutama di kalangan pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka berinteraksi serta bersosial bersama masyarakat. Ini adalah sangat penting terutama kepada pelajar sebagai satu persiapan untuk meningkatkan lagi kemahiran sebelum menempuh alam pekerjaan. Juruukur bangunan bertanggungjawab mengkoordinasi pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan terancang tetapi terdapat pelbagai masalah diantaranya kurang pengetahuan dan pengalaman menyebabkan kegagalan dalam pengurusan. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mendidik dan membentuk keperibadian pelajar terhadap kemahiran mereka dalam menyumbang kepada masyarakat bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme mereka dalam kerja tanggungjawab sosial universiti. Objektif kedua adalah memberi sumbangan daripada Jabatan Ukur Bangunan kepada komuniti setempat dalam bentuk tenaga kerja, ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kaedah kajian yang dijalankan adalah berdasarkan soalselidik yang diberikan kepada peserta dan pengagihan tugas penyelenggaraan bangunan. Hasil kajian yang dijalankan dapat dijadikan satu parameter dikalangan pelajar terhadap tahap kemahiran profesionalisme mereka melalui kerja-kerja Tanggungjawab Sosial Universiti.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ramlan, Muhammad Ruzaini ruzainiramlan@uitm.edu.my Abd Rased, An Nisha Nur Welliana annisha@uitm.edu.my Samsul Rijal, Nurhidayah hidayahrijal@uitm.edu.my Zulkernain, Muhammad Zahir zahirzulkernain@uitm.edu.my Mohd Hashim, Mohamad Haszirul haszirul@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > L Education (General) T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 103 |
| Keywords: | Surau, Sosial Korporat Universiti, Pembersihan, Ukur Bangunan |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133165 |
