Penglibatan dan pemerkasaan komuniti dalam projek wakaf di Malaysia: strategi inklusif bagi menjamin kelestarian wakaf

Manshor, Nurul Mazrah and Hussin, Rohayati and Fazial, Farahdina (2024) Penglibatan dan pemerkasaan komuniti dalam projek wakaf di Malaysia: strategi inklusif bagi menjamin kelestarian wakaf. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 101. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Penglibatan dan pemerkasaan komuniti adalah aspek penting dalam memastikan kejayaan dan kelestarian projek wakaf di Malaysia. Namun, banyak projek wakaf menghadapi cabaran seperti kurangnya penglibatan awal komuniti, ketelusan dan akauntabiliti yang terhad, serta kekurangan program pembangunan kapasiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi-strategi inklusif yang boleh meningkatkan penglibatan komuniti dalam perancangan, pelaksanaan, dan pengurusan projek wakaf. Menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini meneroka sorotan literatur daripada buku, jurnal, dan dapatan kajian terdahulu. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan penglibatan dan pemerkasaan komuniti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi seperti perancangan partisipatif atau libat sama, pelaksanaan kolaboratif, ketelusan dalam pengurusan dana, dan pembangunan kapasiti komuniti adalah kunci kepada kejayaan projek wakaf. Melalui penglibatan komuniti dalam perancangan awal, projek wakaf dapat meningkatkan rasa memiliki dan tanggungjawab dalam kalangan komuniti. Ketelusan dalam pengurusan dana membantu membina kepercayaan dan sokongan, manakala program latihan dan pendidikan yang relevan memperkasakan komuniti untuk terlibat secara efektif. Pelaksanaan projek yang melibatkan tenaga kerja tempatan dan program sukarela memupuk komitmen jangka panjang. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa strategi-strategi yang dicadangkan berpotensi meningkatkan keberkesanan dan memberi impak kepada projek wakaf bagi memastikan kelestariannya dalam jangka panjang. Ia juga diharap dapat menyumbang kepada literatur pengurusan wakaf bagi penyediaan model penglibatan komuniti yang boleh diterapkan secara meluas di seluruh Malaysia.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Manshor, Nurul Mazrah
mazrah@uitm.edu.my
Hussin, Rohayati
roha427@uitm.edu.my
Fazial, Farahdina
farahdinafazial@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 101
Keywords: Penglibatan dan pemerkasaan, Komuniti, Wakaf, Strategi, Pelaksanaan
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133159
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133159.pdf] Text
133159.pdf

Download (969kB)

ID Number

133159

Indexing

Statistic

Statistic details