Abstract
Shah Alam, 30 Oktober 2025 - Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Majlis Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM 2025 bertempat di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Majlis berprestij ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube rasmi InQKA, membuktikan komitmen UITM terhadap keterbukaan dan perkongsian amalan terbaik. AKNC merupakan pengiktirafan tertinggi universiti kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) yang mengamalkan budaya kerja cemerlang melalui inisiatif penambahbaikan berterusan dan pemerkasaan pengurusan berkualiti. Model kecemerlangan AKNC berasaskan Malcolm Baldrige Award (Education) dan menyokong aspirasi GRU2025, khususnya di bawah Teras Strategi 3, Tema Strategi 6. Bagi tahun 2025, sebanyak 42 PTj telah menghantar laporan melalui sistem i-AKNC, meningkat 2.4% berbanding tahun sebelumnya, sekaligus mencapai pencapaian P1126 sebanyak 100%. Dari segi kualiti pelaporan, terdapat peningkatan ketara dengan pertambahan PTj yang memperoleh markah tinggi, mencerminkan komitmen terhadap kecemerlangan organisasi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, InQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, InQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133153 |
