Pemerkasaan agropreneur muda: kajian keberkesanan di PAKK Kuala Muda

Muhsain, Siti Nur Fadzilah and Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor and Ibrahim, Nurul Alyaa and Muhsain, Siti Nur Fathini (2024) Pemerkasaan agropreneur muda: kajian keberkesanan di PAKK Kuala Muda. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 98. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Program Agropreneur Muda telah dilancarkan oleh kerajaan untuk memperkasakan golongan muda menceburi bidang pertanian dan agromakanan. Bagi menyokong pembangunan agropreneur muda, minat dalam bidang ini perlu dipupuk sejak awal kanak-kanak. Walaupun terdapat program yang bertujuan menanam minat di kalangan khususnya kanak-kanak sekolah, keberkesanannya masih belum dipastikan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada kecenderungan kanak-kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Kuala Muda terhadap bidang agropreneur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap, pengetahuan, dan sokongan kanak-kanak terhadap bidang tersebut, setelah didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) ke arah pemerkasaaan pengetahuan, teknik dan minat kepada agropreneur. Sampel kajian terdiri daripada 20 orang kanak-kanak, dan data dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian semasa aktiviti berlangsung. Hasil kajian mendapati bahawa minat dan pengetahuan kanakkanak di PAKK Kuala Muda dapat mempengaruhi kecenderungan mereka untuk menyertai bidang agropreneur. Namun, sikap dan kesedaran yang diterima dapat dipertingkatkan. Kajian ini memberikan maklumat preliminari kepada pembuat dasar untuk mendorong minat terhadap agropreneur dari usia muda melalui skim bantuan yang sesuai mengikut keperluan yang seterusnya dapat membantu universiti dalam menyediakan program yang bersesuaian untuk meningkatkan kecenderungan terhadap agropreneur dalam kalangan kanak-kanak.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhsain, Siti Nur Fadzilah
sitinurfadzilah077@uitm.edu.my
Wan Ismail, Wan Nordini Hasnor
nordini.hasnor@uitm.edu.my
Ibrahim, Nurul Alyaa
nurulalyaa@uitm.edu.my
Muhsain, Siti Nur Fathini
fathini@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: L Education > L Education (General)
S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 98
Keywords: Agropreneur muda, Kanak-kanak, Pemerkasaan, Minat
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133141
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133141.pdf] Text
133141.pdf

Download (969kB)

ID Number

133141

Indexing

Statistic

Statistic details