Abstract
Pada 26 November 2025, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menganjurkan Bengkel Pemuktamadan Objektif Kualiti UiTM 2026-2030 sebagai usaha berterusan memperkukuh agenda kualiti universiti. Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada sesi bengkel terdahulu bagi memuktamadkan objektif strategik yang telah dibangunkan, agar selari dengan Visi, Misi, Objektif dan Falsafah UiTM yang baharu dilancarkan pada 13 November 2025. Bengkel ini telah menghimpunkan Penolong Naib Canselor MASMED, Pengarah (Pembangunan Akademik), Pengarah (Bahagian Hal Ehwal Kurikulum), Pengarah, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Strategik ICAN, JAnA, JPI, Jabatan Pembangunan dan wakil-wakil daripada Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat secara langsung dalam penyediaan dan penyelarasan objektif kualiti universiti. Kehadiran wakil PTj daripada pelbagai sektor akademik dan pengurusan turut menyumbang kepada perbincangan yang lebih menyeluruh dan inklusif.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, InQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, InQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133127 |
