Abstract
Pembelajaran interaktif dan teknik pengajaran yang telah dilaksanakan secara meluas di seluruh negara adalah merupakan satu inisiatif yang digunakan dalam membantu pelajar memahami bahan yang disampaikan oleh pensyarah. Kajian ini, meneliti kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan aplikasi pembelajaran multimedia iaitu Excite Java Quest terhadap minat pelajar kepada pembelajaran pengaturcaraan (merangkumi empat elemen Perhatian, Relevan, Keyakinan dan Kepuasan) serta pencapaian pelajar. Peserta kajian terdiri daripada pelajar trek Pembangunan Perisian dan Rangkaian semester ketiga di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Sampel kajian melibatkan 62 pelajar yang mengambil kursus Object Oriented Programming DFP30243 dari program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) (DDT), Politeknik Balik Pulau. Ujian perbandingan bagi keputusan markah ujian-pra dan ujian-pos juga telah dilakukan bagi menunjukkan penggunaan aplikasi pembelajaran ini memberi impak yang positif kepada pelajar. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan keputusan bagi pelajar yang menggunakan aplikasi pembelajaran multimedia bagi topik Struktur Kawalan. Selain itu, aplikasi pembelajaran Excite Java Quest juga menyumbang kepada peningkatan minat pelajar terhadap kursus pengaturcaraan sekaligus meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kursus DFP30243. Skor min bagi elemen Perhatian, Relevan, Keyakinan dan Kepuasan masing-masing mencapai 4.30 ke atas menunjukkan tahap minat pelajar yang tinggi tentang topik Struktur Kawalan Pengaturcaraan Java. Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran berbantukan aplikasi pembelajaran multimedia interaktif memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran pengaturcaraan yang bersifat abstrak.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Azura UNSPECIFIED Masnan, Nurul Kamilah UNSPECIFIED Abu Talib, Norshahril UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 96 |
| Keywords: | Aplikasi pembelajaran, Pengaturcaraan, Interaktif |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133126 |
