Faktor yang mempengaruhi kesiapsiagaan kewangan individu dalam perancangan persaraan

Hosin, Husnizam and Md Lazan, Rohanizan (2025) Faktor yang mempengaruhi kesiapsiagaan kewangan individu dalam perancangan persaraan. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). 1 ed. Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 41-42. ISBN 9786297647043
Abstract

Isu kesiapsiagaan kewangan untuk persaraan semakin menjadi agenda penting dalam wacana ekonomi dan sosial global, khususnya di negara membangun. Kesiapsiagaan ini memerlukan perancangan jangka panjang yang merangkumi aset, simpanan, insurans, kesihatan, perumahan dan pendapatan (Karim et al., 2023a). Perancangan persaraan yang rapi memberi kesan bukan sahaja kepada kesejahteraan individu, malah turut mempengaruhi kestabilan keluarga dan komuniti (Karim et al., 2023b). Perubahan norma budaya akibat urbanisasi, peningkatan jangka hayat dan transformasi struktur keluarga telah mengurangkan kebergantungan kepada sistem sokongan antara generasi, sekali gus menuntut individu mengurus persaraan secara lebih berdikari (Ahamed & Limbu, 2024). Tambahan pula, kebahagiaan selepas persaraan terbukti berkait rapat dengan persediaan yang menyeluruh dari segi kewangan, kesihatan, sosial dan psikologi (Haron et al., 2021). Justeru, kajian ini meneliti peranan toleransi risiko kewangan dan efikasi kendiri terhadap niat perancangan persaraan melalui sikap terhadap persaraan. Perubahan demografi seperti peningkatan jangka hayat dan kadar kelahiran rendah turut menambah tekanan kepada sistem pencen tradisional, memperkukuh keperluan bagi setiap individu memastikan kesejahteraan kewangan selepas tamat kerjaya (Harahap et al., 2022).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133119.pdf]
Text
133119.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics