Kelestarian kendiri pengurusan rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf

Mohamed Isa, Zuraidah and Abd Rahman, Nurul Hayani and Anuar, Azyyati and Ali, Norhidayah and Abu Bakar, Suhaida and Ibrahim, Dahlia (2024) Kelestarian kendiri pengurusan rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 93. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Pengurusan rekod kewangan merupakan aspek penting untuk memastikan kelangsungan dan kejayaan perniagaan. Namun, usahawan asnaf sering kali berhadapan dengan cabaran kewangan yang mampu menjejaskan keberlangsungan perniagaan mereka. Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, sesebuah perniagaan mungkin tidak dapat bertahan lama dalam jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kelestarian kendiri rekod kewangan dalam kalangan usahawan asnaf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini bertujuan memahami tahap kesedaran, amalan, dan impak pengurusan rekod kewangan yang cekap dalam kalangan usahawan asnaf. Melalui pendekatan kualitatif, data diperoleh menerusi kaedah kepustakaan yang melibatkan pencarian sumber daripada buku, artikel jurnal, keratan akhbar, kajian kes, serta laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan, pengurusan rekod kewangan yang efektif memainkan peranan penting untuk meningkatkan prestasi perniagaan, akses kepada sumber kewangan dan kestabilan serta kelestarian ekonomi usahawan asnaf. Kajian ini mengemukakan cadangan kepada pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan program latihan serta sokongan yang lebih komprehensif. Dengan demikian, program tertentu terutamanya dari segi pengurusan rekod kewangan asas dan lanjutan yang relevan dengan keperluan usahawan dan perniagaan mereka dapat disediakan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan perniagaan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Isa, Zuraidah
zuraidah588@uitm.edu.my
Abd Rahman, Nurul Hayani
nurulhayani@uitm.edu.my
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Ali, Norhidayah
norhidayah@uitm.edu.my
Abu Bakar, Suhaida
suhaida596@uitm.edu.my
Ibrahim, Dahlia
dahlia400@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 93
Keywords: Kelestarian, Kendiri, Rekod Kewangan, Usahawan, Asnaf
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133116
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133116.pdf] Text
133116.pdf

Download (969kB)

ID Number

133116

Indexing

Statistic

Statistic details