Program kebestarian bahasa asing melalui kerjasama universiti dan komuniti sekolah

Abas, Noor Aizah and Wan Ali, Wan Noor ‘Azah and Almuddin, Azhani and Mohd Samsir, Sri Qamariah and Zubbir, Nadiah (2024) Program kebestarian bahasa asing melalui kerjasama universiti dan komuniti sekolah. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 88. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Bahasa asing dan ilmu silang budaya kurang didedahkan kepada komuniti sekolah. Bagi memenuhi komponen ‘Mata Pelajaran Asas’ dalam Pendidikan Abad ke-21 (PA21) merujuk kepada perkara berupa bahasa (pelbagai bahasa) dan kemahiran-kemahiran kritikal PA21 yang salah satunya ialah kebolehan komunikasi dalam pelbagai persekitaran merentas bahasa dan budaya, maka pelaksanaan program ini selaras dengan kehendak kerajaan dalam mencapai PA21. Oleh kerana pensyarah universiti mempunyai kepakaran dalam pengajaran bahasa asing, justeru jalinan kerjasama antara universiti dan pihak sekolah diperlukan. Program Kebestarian Bahasa (PKB) dijalankan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa asing, penyelidikan antara universiti dan sekolah serta penambahbaikan instrumen penilaian bahasa, di samping memberi pendedahan asas bahasa asing kepada murid-murid sekolah melalui pengajaran, nota dan aktiviti bahasa secara dalam talian. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan dan minat, perubahan pengetahuan terhadap bahasa yang dipelajari serta perubahan dalam kemahiran dan sikap mereka sebelum dan selepas menyertai PKB. Bahasa yang ditawarkan dalam jalinan kerjasama ini termasuk bahasa Jepun, Mandarin, Inggeris dan Arab. Pelaksanaan kelas bahasa asing ini dilakukan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet. Kajian ini menggunakan tinjauan sebelum (pre) dan selepas (post) sebagai instrumen kajian, dengan data diperoleh melalui soal selidik menggunakan Google Form dan dianalisis secara deskriptif berdasarkan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komuniti sekolah mempunyai minat dan tahap kepuasan yang tinggi terhadap penyertaan dalam program ini. Analisis mendapati bahawa terdapat perubahan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap komuniti sekolah setelah menghadiri lapan (8) kelas pembelajaran bahasa asing.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abas, Noor Aizah
aizah654@uitm.edu.my
Wan Ali, Wan Noor ‘Azah
UNSPECIFIED
Almuddin, Azhani
azhani@uitm.edu.my
Mohd Samsir, Sri Qamariah
sriqamariah@uitm.edu.my
Zubbir, Nadiah
nadiahzubbir@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 88
Keywords: Bahasa asing, Komuniti sekolah, Silang budaya
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133093
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133093.pdf] Text
133093.pdf

Download (969kB)

ID Number

133093

Indexing

Statistic

Statistic details