Abstract
Bahasa dan budaya Jepun mula diperkenalkan dalam pendidikan Malaysia melalui Dasar Pandang ke Timur (DPT) oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang bertujuan untuk mengadaptasi budaya kerja negara-negara timur yang maju seperti Jepun. Salah satu langkah yang diambil adalah mendidik pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi terpilih dan melatih mereka di syarikat milik negara tersebut. Namun, murid sekolah rendah di Malaysia kurang diberi pendedahan mengenai bahasa dan budaya Jepun. Justeru, Akademi Pengajian Bahasa (APB), Universiti Teknologi MARA Shah Alam telah mengadakan Program Kebestarian Bahasa Jepun (PKBJ) dengan kerjasama dua (2) buah sekolah angkat di Lembah Klang. Program ini bertujuan untuk mendedahkan komuniti sekolah rendah kepada bahasa dan budaya Jepun. Ini merupakan program pertama seumpamanya yang dilaksanakan oleh pensyarah APB bersama komuniti sekolah melalui sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian menggunakan platform Google Meet. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan PKBJ dalam memperkenalkan bahasa Jepun kepada komuniti sekolah rendah. Seramai 61 orang responden terlibat dalam kajian ini. Kajian keberkesanan program dilakukan dengan menggunakan tinjauan sebelum (pre) dan selepas (post) melalui Google Form. Kaji selidik ini terdiri daripada empat (4) bahagian, iaitu Bahagian A (tahap kepuasan dan minat murid terhadap program), serta Bahagian B, C dan D yang menilai pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap bahasa Jepun. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam minat mempelajari bahasa Jepun serta kemahiran berbahasa Jepun murid selepas program tersebut. Inisiatif sebegini dapat menangani jurang pendidikan dan menyediakan platform formal untuk murid mempelajari bahasa Jepun, berfungsi sebagai platform bermanfaat untuk semua pihak dan menjadi pemangkin aktiviti kesukarelawanan di peringkat UiTM.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abas, Noor Aizah aizah654@uitm.edu.my Nik Md Zain, Nik Muhammad Faiz UNSPECIFIED Zubbir, Nadiah nadiahzubbir@uitm.edu.my Almuddin, Azhani azhani@uitm.edu.my Mohd Samsir, Sri Qamariah sriqamariah@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 87 |
| Keywords: | Bahasa Jepun, Tanggungjawab sosial Universiti, Penglibatan komuniti |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133089 |
