Eksplorasi potensi bahan lidi nipah dalam penghasilan reka produk kontemporari baru melalui kerjasama reka-kraf dalam komuniti anyaman bakul lidi lekar

Hasan, Asrol and Nasir, Muhammad Dzarif Imran and Azhar, Nur Saffawati Nazihah and Md Hashim, Azhari (2024) Eksplorasi potensi bahan lidi nipah dalam penghasilan reka produk kontemporari baru melalui kerjasama reka-kraf dalam komuniti anyaman bakul lidi lekar. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 85. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan potensi kaedah kerjasama reka-kraf diantara penggiat kraf (artisan) dari komuniti anyaman bakul lidi lekar bersama-sama sekumpulan pereka dalam mengenalpasti inovasi produk kraf baru khusunya bagi produk hiasan rumah. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesesuaian lidi nipah dalam reka bentuk produk moden kontemporari dengan meneliti sifat fizikal dan estetikanya, serta meneroka peluang pembangunan produk inovatif melalui kerjasama antara pereka dan penggiat kraf tradisional. Kajian ini juga mencadangkan strategi reka bentuk dalam penggunaan lidi nipah secara berkesan dalam pembangunan produk baru, sambil memastikan nilai tradisionalnya dipelihara dan relevan dalam konteks reka bentuk moden kontemporari. Proses kajian ini dijalankan selama lapan bulan bersama dua orang pelajar bidang Senireka Perindustrian UiTM Cawangan Kedah. Sampel kajian hanya difokuskan pada penggiat yang datangnya dari sebuah daerah Yan di negeri Kedah. Hasil dari kajian ini telah menghasilkan dua kumpulan variasi baru produk hiasan rumah berinspirasi dari bahan lidi nipah yang telah dilaksanakan dari dua proses kajian berbeza iaitu melalui ujikaji sifat dan ketahanan bahan lidi nipah serta teknik anyaman yang digunakan pada bakul lidi lekar. Cadangan reka bentuk produk telah disenarai pendek dan melalui proses pembuatan sampel awal secara lakaran digital 2 Dimensi menggunakan perisian Sketchbook Pro serta model digital 3 Dimensi menggunakan perisian Rhinoceros. Hasil dari pembentangan dan perbincangan bersama-sama penggiat telah memberi input baru dalam penambaikan rekaan yang dicadangkan. Produk akhir yang telah terhasil dan berjaya memenuhi kriteria ujikaji bahan dan gabungan teknik anyaman bakul lidi lekar telah didokumentasikan serta dibentuk dalam pembuatan produk berskala sebenar untuk rujukan pada penggiat yang terlibat. Manfaat ini akan membantu komuniti untuk mencari peluang-peluang lain dalam mempromosikan produk yang mempunyai keaslian bahan tradisional tempatan kepada produk-produk nilai tambah baru khusunya untuk hiasan rumah. Secara tidak langsung penghasilan produk ini akan memberi perkongsian serta peluang baru kepada generasi muda untuk mengenali kraf tadisional anyaman bakul lidi lekar dengan lebih dekat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Asrol
asrol726@uitm.edu.my
Nasir, Muhammad Dzarif Imran
2022377233@student.uitm.edu.my
Azhar, Nur Saffawati Nazihah
2022744209@student.uitm.edu.my
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 85
Keywords: Lidi nipah, Reka-kraf, Bakul lidi lekar
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133073
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133073.pdf] Text
133073.pdf

Download (970kB)

ID Number

133073

Indexing

Statistic

Statistic details