Ekonomi hijau: peluang baharu Malaysia

Abd Ghani@Ismail, Rosmah and Mohd Ali, Norfariza and Isahak, Siti Nordiyana and Shaari, Nur Fatihah (2025) Ekonomi hijau: peluang baharu Malaysia. In: Beyond Lectures: Insights from Business Discipline- (Cultivating Writing Culture in Marketing, Management, Finance & Economics). Universiti Teknologi MARA, Johor, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor, Kampus Segamat, pp. 3-5. ISBN 9786297647043
Abstract

Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, ekonomi hijau telah muncul sebagai satu pendekatan alternatif yang menawarkan penyelesaian holistik terhadap isu-isu alam sekitar dan sosial. Seperti yang ditakrifkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP, 2021), ekonomi hijau merangkumi sistem ekonomi yang berupaya meningkatkan taraf hidup dan keadilan sosial sambil meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar serta mengurangkan eksploitasi sumber semula jadi secara berlebihan. Bagi Malaysia, konsep ini membuka ruang untuk pelaksanaan strategi pembangunan yang lebih lestari dan berdaya tahan sejajar dengan komitmen negara terhadap agenda pembangunan mampan di peringkat antarabangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 133067.pdf]
Text
133067.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics