Abstract
Shah Alam, 10 Oktober 2025 - Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Taklimat Penilaian StandAlone Micro Credential (SAMC) yang diadakan khas untuk panel-panel penilai SAMC dari luar UiTM. Taklimat yang diadakan secara dalam talian khusus untuk melatih panel penilai luar UiTM dalam proses penilaian kualiti SAMC, yang menjadi semakin relevan dalam era pembelajaran sepanjang hayat. Kursus ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Ir. Dr. Sheila Belayutham, Ketua Akreditasi Program (S&T), Unit Jaminan Kualiti Akademik (AQA) dan dihadiri oleh 20 orang peserta dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh Malaysia. SAMC merupakan satu inisiatif penting di bawah MQA yang menyokong pembelajaran fleksibel dan pembangunan kemahiran berasaskan industri. Melalui sesi ini, kita akan memahami struktur, proses permohonan, serta keperluan verifikasi kualiti yang ditetapkan oleh MQA supaya setiap SAMC yang dibangunkan memenuhi standard nasional dan diiktiraf untuk pemindahan kredit. Secara tidak langsung, SAMC membuka ruang kepada pelajar, tenaga kerja dan graduan untuk menambah baik kelayakan serta meningkatkan daya saing dalam pasaran pekerjaan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, inQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, inQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133066 |
