Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membahaskan penentuan ‘illat ribawi emas dan implikasinya dalam penggunaan wang fiat menurut pandangan Islam. Penentuan ini memberi impak terhadap amalan umat Islam termasuk kaedah transaksi menggunakan mata wang, zakat dan modal mudarabah. Kajian ini secara dilakukan secara kualitatif deskriptif dengan mengkaji pandangan ulama dalam karya masing-masing. Data dianalisis secara deskriptif dan komparatif untuk mendapatkan pandangan yang paling sesuai. Penemuan menunjukkan terdapat dua pandangan, iaitu pendapat yang menganggap ‘illat ribawi emas termasuk wang fiat dan pendapat yang sebaliknya. Hasilnya, kajian ini mentarjih pandangan pertama bahawa wang fiat mengandungi ‘illat ribawi emas. Oleh itu, hukum transaksi wang fiat adalah sama dengan hukum transaksi emas. Kajian ini dapat membantu umat Islam mengaplikasi transaksi menggunakan wang fiat dalam pembayaran zakat, peruntukan modal dan pertukaran mata wang secara syariah.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Lateh, Najahudin najahudin@salam.uitm.edu.my Din, Ghafarullahhuddin UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Securities. Stocks. Bonds (Islamic law). Trust investments |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 624-631 |
| Keywords: | Gold, Money, Riba |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133036 |
