Abstract
Di dalam konsep syariah, wakaf adalah satu pembahagian harta secara sukarela bersifat kekal dan tidak boleh dibatalkan oleh pihak lain. Wakaf adalah sebahagian daripada ibadah masyarakat muslim yang dituntut dan ianya mempunyai peranan penting dalam menyelesaikan masalah masyarakat kita pada hari ini. Antaranya ialah seperti mengurangkan bebanan masalah kemiskinan, memberikan kemudahan kesihatan, menyediakan pusat pendidikan, membina rumah anak yatim piatu, membina masjid dan membina pusat perlindungan bagi golongan yang memerlukan. Sungguhpun perkembangan wakaf telah lama wujud pada suatu ketika dahulu, namun perkembangan dan kemajuannya masih diperingkat yang lemah. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat tadbir urus pengurusan wakaf di negeri Kelantan. Ianya penting supaya kajian ini dapat mengenal pasti apakah faktor yang menyumbang kepada pembangunan pengurusan wakaf di Kelantan. Bagi mencapai objektif kajian ini akan menggunakan kaedah temubual bersama pihak yang bertanggungjawab ke atas pengurusan wakaf, iaitu di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Harapan kajian ini akan menunjukkan beberapa penemuan yang yang baik dan positif terhadap pembangunan tadbir urus dan pengurusan wakaf di negeri Kelantan. Selain itu juga, kajian berharap pelbagai instrumen pembiayaan kewangan yang menggunakan prinsip shariah dapat digunakan di dalam menarik pelaburan di dalam pengurusan wakaf di negeri Kelantan. Manakala dari sudut aspek penerimaan wakaf,kajian berharap sistem wakaf ini memberikan kesan yang positif terhadap masyarakat di Kelantan.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Kamdari, Nor’ Azurah noraz013@uitm.edu.my Abd Karim, Mohd. Rahimie rahimie@ums.edu.my Yusoff, Remali remyuf@ums.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia > Kelantan (Malaysia) K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Gifts (Islamic law). Charitable gifts. Ṣadaqah. Donations. Hibah > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 619-623 |
| Keywords: | Charitable uses (Islamic law), Islamic corporations, Waqf |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133035 |
