Pengurusan kewangan berhemah dan berhikmah berteraskan displin perakaunan patuh shariah - Pengurusan Kewangan Dinar (PKD)

Mohamed Sa’ad, Inche Azhary @ Sallehuddin (2018) Pengurusan kewangan berhemah dan berhikmah berteraskan displin perakaunan patuh shariah - Pengurusan Kewangan Dinar (PKD). eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 26. pp. 596-609. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

PKD adalah aturan gerak kerja terpimpin bagi memenuhi desakan dan aspirasi mereka yang masih mencari atau telah mendapat kesedaran tentang bahana Riba. Tetapi tidak mampu membuat rumusan dan formulasi tersendiri, dalam menyelesaikan tekanan kewangan yang sedang mereka hadapi. PKD memanfaatkan kelebihan ICT dalam menganalisa tahap tanggungan dan ketirisan bajet bagi mempastikan apa jua sasaran yang ditetapkan, mampu di atasi secara terampil dan tuntas tanpa melibatkan pertambahan kos pelaksanaan. PKD menyediakan jalan keluar unik dari tanggungan ansuran hutang bulanan hingga mampu menutup sebahagian besar tanggungan kos perbelanjaan operasi perniagaan atau perbelanjaan isi rumah. Agar tidak berlaku sebarang penyusutan dalam nisbah untung bersih pendapatan semasa mengurus bajet belanja hangus. Kaedah PKD mudah dilaras, disemak, ditentusah, dikawalselia serta dilipatgandakan bagi memberi kesan impak yang berbeda kepada pelbagai nisbah kewangan. Disamping, menyempurna proses lindung nilai keuntungan pendapatan serta merangsang pemasaran kreatif dengan menjolak jualan demi melestari hayat perniagaan. Impak PKD diolah sepenuhnya, bergantung kepada keperluan yang sedang dihadapi serta kemampuan pelanggan dalam membebaskan diri dari cengkaman bebanan hutang, terutamanya hutang riba. Bertindak pro-aktif dalam meningkat tabungan simpanan terpaksa serta agihan infak berkala yang berkualiti, tanpa pergantungan sepenuhnya kepada perolehan pendapatan jualan sahaja. Gandingan amalan Budaya Penjimatan dan Budaya Infak dalam PKD yang disepadukan secara mampan mampu jadi penawar berkesan dalam menghalang amalan Riba Dalam Jual Beli (Riba al-Buyu) bagi janaan keuntungan maksima. Serta meluntur sebarang desakan perlakuan budaya Pecah Amanah dan budaya Rasuah yang sering membarahi anggota masyarakat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Sa’ad, Inche Azhary @ Sallehuddin
sallehuddin.pkd@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HG Finance > Personal finance. Financial literacy > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 596-609
Keywords: Business ethics, Finance, Interest
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133032
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133032.pdf] Text
133032.pdf

Download (5MB)

ID Number

133032

Indexing

Statistic

Statistic details