Abstract
Modal pusingan untuk perniagaan mikro pada ketika ini disediakan secara percuma oleh institusi zakat di Malaysia. Namun sejak akhir-akhir ini, agihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia telah melebihi daripada amaun yang dikutip. Justeru, mereka cuba mencadangkan alternatif baru iaitu pemberian modal pusingan dalam bentuk pembiayaan mikro. Persoalannya, apakah terdapat fatwa tentang agihan untuk modal pusingan melalui pembiayaan mikro daripada dana zakat? Apatah lagi pemberian modal pusingan dalam bentuk pembiayaan mikro yang ditawarkan ketika ini dikatakan tidak bebas daripada unsur-unsur riba. Dapatan daripada analisis kandungan terhadap data primer mempamerkan bahawa terdapat fatwa yang tidak membenarkan dan yang membenarkan bantuan modal pusingan dalam bentuk pembiayaan mikro yang dibiayai daripada dana zakat. Akan turut dihujahkan bahawa telah wujud bantuan modal kerja dalam bentuk pembiayaan mikro yang dibiayai daripada dana zakat di institusi zakat di negara Islam yang boleh dijadikan model untuk diaplikasikan oleh institusi zakat di Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Muhd Adnan, Nurul Ilyana ilyana_adnan@ukm.edu.my Ahmad, Azlin Alisa azlinalisa@ukm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 591-595 |
| Keywords: | Islamic finance, Microfinance, Zakat |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133031 |
