Manipulasi dalam skim ar-rahnu di Malaysia

Ahmad, Azlin Alisa and Muhd Adnan, Nurul Ilyana (2018) Manipulasi dalam skim ar-rahnu di Malaysia. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 24. pp. 586-590. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Mutakhir ini, skim ar-rahnu sering kali dimanipulasilkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba melakukan penipuan dalam pelaburan emas dengan menggunakan platform ar-rahnu. Mereka akan memperkenalkan skim-skim yang kononnya mampu menjana keuntungan yang banyak dan menjanjikan bahawa tidak akan berlaku sebarang kerugian dalam skim yang ditawarkan. Keadaan ini menjadikan pelanggan mudah terpedaya kerana mereka menganggap pelaburan emas mampu menjana keuntungan yang banyak. Namun, sekitar tahun 2010 hingga 2013, kemasyhuran pelaburan emas telah menimbulkan isu penipuan di kalangan mereka yang tamak dan ingin mengambil kesempatan di atas pergerakan harga emas. Keadaan ini adalah rentetan dari jangkaan kenaikan harga emas di antara 20 hingga 40 peratus setahun, sedangkan upah simpan emas hanyalah antara 8-10 peratus setahun. Berdasarkan isu tersebut, maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji bentuk-bentuk manipulasi dalam skim ar-rahnu yang dijalankan di Malaysia. Kajian ini bersifat kualitatif dengan memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa teknik utama yang boleh digunakan oleh ‘pelabur’ untuk mendapatkan keuntungan dengan memanipulasikan skim ar-rahnu. Antaranya adalah teknik asas, teknik tukar surat dan teknik tukar barang. Mereka akan memanipulasi skim ar-rahnu dengan melakukan teknik membeli emas, seterusnya menggadai emas tersebut, kemudian beli emas lagi dan lagi. Manakala di dalam teknik tukar surat terbahagi kepada tiga iaitu teknik beli gadai iaitu tukar surat, teknik gadai secara tukar surat dan teknik tukar surat secara tebus jual. Teknik tukar barang pula terdiri daripada teknik tukar barang separuh, teknik gadai dengan tukar barang, teknik tukar surat kemudian tukar barang dan teknik tukar barang berulang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Azlin Alisa
azlinalisa@ukm.edu.my
Muhd Adnan, Nurul Ilyana
ilyana_adnan@ukm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation > Investment companies. Investment trusts. Mutual funds > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 586-590
Keywords: Gold, Investment fraud, Pawnbroking
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133030
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133030.pdf] Text
133030.pdf

Download (3MB)

ID Number

133030

Indexing

Statistic

Statistic details