Analisis perbandingan kemiskinan antara had kifayah Kelantan dan Paras Garis Kemiskinan Nasional

Sayin, Baharuddin and Bhari, Azri and Mat Rani, Mohd Afandi and Jamaluddin, Muhammad Nor Aman (2018) Analisis perbandingan kemiskinan antara had kifayah Kelantan dan Paras Garis Kemiskinan Nasional. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 23. pp. 579-585. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Kemiskinan merupakan suatu fenomena yang wujud di sepanjang sejarah manusia. Ia tidak pernah mengenal batas etnik, ideologi mahupun agama. Islam menentang kemiskinan kerana ia akan mengundang pelbagai masalah dalam kehidupan manusia. Kemiskinan boleh membahayakan akidah, akhlak, rasional, institusi keluarga dan masyarakat. Menurut Imam al-Nawawi (t.t.), mereka yang dikatakan miskin ialah mereka yang tidak memiliki harta dan sumber pekerjaan yang halal untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungannya seperti makan, minum, tempat penginapan dan persalinan. Islam telah menggariskan keperluan asasi manusia dapat dibahagikan kepada enam perkara iaitu aspek makanan, penginapan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan (Anhar, 2017). Dalam Islam, keperluan asasi ini disebut sebagai had kifayah. Had kifayah ialah merujuk kepada suatu kadar keperluan asasi minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa (Mohd Syahiran et.al, 2017). Had kifayah ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi khususnya bagi golongan fakir dan miskin. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi kadar had kifayah adalah tergolong di kalangan kaya dan wajib mengeluarkan zakat mengikut kelayakan (Lembaga Zakat Selangor: Modul Agihan Zakat). Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pula menggariskan keperluan asasi manusia dapat dihimpunkan kepada dua belas perkara iaitu aspek perumahan, air elektrik, gas & bahan api lain; makanan & minuman bukan alkohol; pakaian & kasut; kesihatan; pendidikan; pengangkutan; komunikasi; hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah; perkhidmatan rekreasi & kebudayaaan; restoran & hotel; minuman alkohol & tembakau dan pelbagai barangan & perkhidmatan. Makanan & minuman bukan alkohol mewakili 30.2% sementara bukan makanan mewakili 69.8% (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sayin, Baharuddin
UNSPECIFIED
Bhari, Azri
UNSPECIFIED
Mat Rani, Mohd Afandi
UNSPECIFIED
Jamaluddin, Muhammad Nor Aman
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Poor in cities. Slums > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 579-585
Keywords: Basic needs, Poverty, Zakat
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133029
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133029.pdf] Text
133029.pdf

Download (3MB)

ID Number

133029

Indexing

Statistic

Statistic details