Peranan dan sumbangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar Bachok, Kelantan

Jusoh, Mohd Rusdin and Yusuff, Nur Azuki (2018) Peranan dan sumbangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar Bachok, Kelantan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 21. pp. 559-571. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai agensi pembangun sosioekonomi masyarakat semenjak 1961 perlu diketengahkan impaknya kepada masyarakat setempat. Justeru kertas ini berusaha merakamkan peranan dan sumbangannya melibatkan status sosioekonomi masyarakat luar bandar di Bachok, Kelantan yang terlibat dalam program dan aktiviti KEMAS termasuklah isu penerimaannya. Penulis menggunakan kaedah soal selidik dan temubual masyarakat Bachok yang terlibat dengan aktiviti KEMAS dan yang tidak terlibat sebagai penanda aras. Berdasarkan dapatan, KEMAS memang berperanan dalam pembangunan masyarakat luar bandar terutamanya aspek pendidikan tidak formal. Namun kefungsian KEMAS dalam usaha-usaha tersebut kini kurang jelas. Kajian mendapati usaha penjajaran semula aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KEMAS di kawasan luar bandar perlu dilakukan. Ia perlu berasaskan idea pelaksanaan pembangunan komuniti berlandaskan pendekatan bawah-atas (bottom-up approach) dengan mengfokuskan penglibatan masyarakat dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian aktivitinya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jusoh, Mohd Rusdin
UNSPECIFIED
Yusuff, Nur Azuki
anurazuki@umk.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development > Malaysia
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 559-571
Keywords: Community development, Political participation, Rural development
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133027
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133027.pdf] Text
133027.pdf

Download (5MB)

ID Number

133027

Indexing

Statistic

Statistic details