Kriteria mutawalli dalam pembangunan institusi wakaf: analisis isu dan nas-nas terpilih

Ayub, Mohd Nasir and Noordin, Nazmi @ Nazni and Mohamed Sawal, Mohd Zool Hilmie and Mustafa @ Busu, Zanirah and Mat Hassan, Surita Hartini (2018) Kriteria mutawalli dalam pembangunan institusi wakaf: analisis isu dan nas-nas terpilih. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 12. pp. 499-507. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Institusi wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Amalan berwakaf bukan lagi dianggap sebagai cabang ibadat yang dilakukan oleh sekelompok manusia, akan tetapi ia menjadi satu institusi penting dalam kerangka pembangunan negara yang lestari. Amalan wakaf bukan sahaja untuk aset-aset tertentu seperti tanah kubur, wakaf surau atau masjid, wakaf alatan untuk beribadat semata-mata, akan tetapi dalam ruang yang cukup besar iaitu ke arah penjanaan yang mampan dan lestari hasil penjanaan aset wakaf sedia ada. Paradigma baharu mesti dibina selaras dengan keperluan pembangunan semasa. Umat Islam perlu melihat, bagaimana aset-aset wakaf umat Islam digembeling dan dijana kembali sehingga menjadi mercu pembangunan yang berterusan memenuhi kemaslahatan umat Islam seluruhnya.
Institusi wakaf yang dibangunkan secara profesional, adil dan saksama mampu menyediakan pelbagai kemudahan seperti pendidikan, pusat kesihatan, tempat ibadah, riadah dan pelbagai insfranstruktur yang lain. Mutawalli yang profesional perlu diwujudkan dalam kerangka pembangunan wakaf yang lebih tersusun dan praktikal bagi memastikan setiap penjanaan itu mencapai matlamat serta hasrat pemberi wakaf itu akan terealisasi.
Kertas kerja ini cuba mengemukakan beberapa kriteria yang sewajarnya dimiliki oleh Mutawalli agar natijah dan keberhasilan gerak kerja nanti menyumbang kepada penyuburan dana wakaf yang lebih efisen. Apabila kesejajaran berlaku, maka ia akan menampakkan rahmat yang lebih menyeluruh dalam pelbagai sektor perkhidmatan, seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ayub, Mohd Nasir
UNSPECIFIED
Noordin, Nazmi @ Nazni
UNSPECIFIED
Mohamed Sawal, Mohd Zool Hilmie
UNSPECIFIED
Mustafa @ Busu, Zanirah
UNSPECIFIED
Mat Hassan, Surita Hartini
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Gifts (Islamic law). Charitable gifts. Ṣadaqah. Donations. Hibah > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 499-507
Keywords: Charitable uses, Trusts and trustees, Waqf
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/133018
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 133018.pdf] Text
133018.pdf

Download (4MB)

ID Number

133018

Indexing

Statistic

Statistic details