Abstract
Al-Quran berkali-kali menggalakkan kita melakukan infaq kerana ia adalah wasilah bagi menghimpunkan kekayaan dan menjamin kesenangan hidup untuk semua. Ia satu-satunya cara untuk memelihara kekuatan dan kemuliaan ummat disamping mengalahkan musuh. Jika ummat bakhil pasti dicengkam kehinaan dan kemelesetan. Infaq yang dilaksanakan berdasarkan tafsiran yang betul memungkinkan kita menyelesaikan permasalahan masyarakat disamping mempamerkan keindahan Islam yang sebenar. Allah SWT memberikan ganjaran sesiapa yang berinfaq di jalan-Nya dengan tiga perkara iaitu jaminan syurga, menghilangkan rasa takut selepas mati dan menghilangkan rasa sedih atau kemurungan atas apa yang berlaku termasuklah musibah. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kriteria atau etika berinfaq mengikut perbahasan ulama tafsir terkenal di akhir-akhir kurun ke-enam Hijrah iaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Ansori al-Khazraji al-Andalusi al-Qurtubi di dalam kitabnya al-Jami’ Li Ahkam al-Quran Wa al-Mubayyin Li Ma Tadhammanuhu Ay al-Furqan untuk mencapai anjuran yang telah disebutkan. Pengkajian ini lebih menjuruskan kepada perbahasan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan infaq di dalam surah al-Baqarah dengan mengfokuskan ayat 261-265.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Jusoh, Nor Asmira norasmira@kelantan.uitm.edu.my Junoh, Noraini jannahadnin@yahoo.com |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Works about the Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 487-490 |
| Keywords: | Al-Qurṭubī, Charity, Qur'an |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132991 |
