Luqatah: pendekatan baru dalam menangani isu-isu harta yang tidak di tuntut di UiTM Kelantan

Mustafa @ Busu, Zanirah and Ahmad, Mohd Miqdad Aswad and Ab. Razab, Husaini and Tasir, Siti Fatimah and Zainal, Noor Saliza and Ayub, Mohd Nasir and Nordin, Badriah (2018) Luqatah: pendekatan baru dalam menangani isu-isu harta yang tidak di tuntut di UiTM Kelantan. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 9. pp. 481-486. ISSN 978-967-15434-3-6

Abstract

Luqatah merupakan harta temuan atau harta yang hilang dari pemiliknya dan ditemui oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut. Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta terutama harta kepunyaan orang Islam dan harta temuan tidak boleh digunakan atau dimusnahkan begitu sahaja tanpa mematuhi kaedah pengurusan luqatah yang sebenar. Kajian ini memfokuskan kepada peranan yang dilaksanakan oleh Pusat Islam Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan dalam mengendalikan harta luqatah. Antara kekangan yang dihadapi adalah tiada mekanisma tuntutan harta yang sistematik dan selaras. Kajian ini meneliti bagaimana proses penerimaan harta luqatah, cara pengendalian pengurusan, mengenalpasti pemiliknya, cara penyerahan kepada pemiliknya, syarat-syarat dan cara memanfaatkannya. Selain itu, permasalahan yang dihadapi adalah tiada mekanisma kaedah pengurusan dan pelupusan yang jelas. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah memantapkan pengurusan harta luqatah, mengenalpasti kaedah untuk menyelesaikan masalah harta luqatah yang tidak di tuntut dan cara pemulangan harta luqatah kepada pemiliknya. Method yang digunakan dalam penulisan ini adalah kajian keperpustakaan, kaedah temubual untuk mendapatkan data kajian di samping kaedah pemerhatian. Kajian soal selidik juga di gunakan dan di edarkan kepada responden bagi mengukur tahap kepuasan warga Uitm terhadap proses pengendalian harta luqatah. Kajian ini dapat menghasilkan satu piawaian baru yang lebih sistematik dalam menyelesaikan isu-isu pengendalian harta luqatah selaras dengan ketetapan hukum syarak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustafa @ Busu, Zanirah
zanir126@kelantan.uitm.edu.my
Ahmad, Mohd Miqdad Aswad
miqdad@kelantan.uitm.edu.my
Ab. Razab, Husaini
husaini@kelantan.uitm.edu.my
Tasir, Siti Fatimah
fatim03@kelantan.uitm.edu.my
Zainal, Noor Saliza
saliza351@kelantan.uitm.edu.my
Ayub, Mohd Nasir
mnasir251@kedah.uitm.edu.my
Nordin, Badriah
badriah@ipb.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Gifts (Islamic law). Charitable gifts. Ṣadaqah. Donations. Hibah > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018)
ISSN: 978-967-15434-3-6
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 481-486
Keywords: Islamic law, Lost property, Property
Date: 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132990
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132990.pdf] Text
132990.pdf

Download (3MB)

ID Number

132990

Indexing

Statistic

Statistic details