Pengurusan kewangan Islam untuk generasi TN50 di era 4IR

Mohamed, Zulkifli and Tuan Hassan, Mohd Rosli and Mohd Yasin, Ahmad Bukhari and Ahyak, Ruzidah (2018) Pengurusan kewangan Islam untuk generasi TN50 di era 4IR. eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018), 1 (1): ch.5: 2. pp. 436-441. ISSN 978-967-15434-3-6
Abstract

Arus Revolusi Industri ke 4 (4IR) semakin menghampiri kita. Ia bukan sahaja melanda negara Malaysia malah seluruh dunia. Perubahan global kemajuan teknologi dalam pelbagai bidang telah meningkatkan capaian maklumat. Peningkatan automasi dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam bidang teknologi pengangkutan, pengeluaran, hiburan, pemakanan, perubatan dan perawatan telah mempengaruhi budaya manusia sejagat. Ia telah mengubah cara manusia berkomunikasi, bekerja dan belajar. Kemajuan ini telah meningkatkan kualiti rawatan dan kesihatan penduduk seterusnya meningkatkan jangka hayat penduduk. Keadaan ini akan meningkatkan bilangan populasi warga emas dan kadar kebergantungan negara. Sebaliknya, kajian menunjukkan 89% tahap simpanan rakyat Malaysia adalah dibawah RM100,000. Keadaan ini akan menyebabkan tanggungan kewangan warga emas dan keluarga mereka akan menjadi lebih besar dan dibimbangi akan menyebabkan pengabaian kebajikan warga emas akan meningkat pada tahun 2050. Lantaran itu generasi TN50 hari ini perlu diberikan nilai hidup Islam dan kemahiran dalam pengurusan kewangan Islam seawal mungkin bagi membolehkan mereka lebih bersedia dan mempunyai sikap yang betul dalam menguruskan kehidupan dan kewangan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132983.pdf]
Text
132983.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics