Abstract
Arus Revolusi Industri ke 4 (4IR) semakin menghampiri kita. Ia bukan sahaja melanda negara Malaysia malah seluruh dunia. Perubahan global kemajuan teknologi dalam pelbagai bidang telah meningkatkan capaian maklumat. Peningkatan automasi dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam bidang teknologi pengangkutan, pengeluaran, hiburan, pemakanan, perubatan dan perawatan telah mempengaruhi budaya manusia sejagat. Ia telah mengubah cara manusia berkomunikasi, bekerja dan belajar. Kemajuan ini telah meningkatkan kualiti rawatan dan kesihatan penduduk seterusnya meningkatkan jangka hayat penduduk. Keadaan ini akan meningkatkan bilangan populasi warga emas dan kadar kebergantungan negara. Sebaliknya, kajian menunjukkan 89% tahap simpanan rakyat Malaysia adalah dibawah RM100,000. Keadaan ini akan menyebabkan tanggungan kewangan warga emas dan keluarga mereka akan menjadi lebih besar dan dibimbangi akan menyebabkan pengabaian kebajikan warga emas akan meningkat pada tahun 2050. Lantaran itu generasi TN50 hari ini perlu diberikan nilai hidup Islam dan kemahiran dalam pengurusan kewangan Islam seawal mungkin bagi membolehkan mereka lebih bersedia dan mempunyai sikap yang betul dalam menguruskan kehidupan dan kewangan mereka.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Zulkifli zulkiflimdab@gmail.com Tuan Hassan, Mohd Rosli UNSPECIFIED Mohd Yasin, Ahmad Bukhari UNSPECIFIED Ahyak, Ruzidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 436-441 |
| Keywords: | Finance, Older people, Personal |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132983 |
