Abstract
Konsep maslahah dan mafsadah adalah berkait rapat dengan tujuan Shari’ah iaitu untuk memelihara kesejahteraan hidup manusia yang meliputi kehidupan politik, ekonomi dan sosial. Permasalahan maslahah dan mafsadah, terkumpul dalam dua kata: Jalbul Masholih wa Dar ’ul Mafasid (mendatangkan kemaslahatan dan mencegah terjadinya kerosakkan). Begitu juga semua ijtihad para fuqaha’, adalah menetapkan atau menafikan kemaslahatan dan kemudharatan. Terdapat pandangan-pandangan yang berbeza dalam menjelaskan konsep maslahah dan mafsadah dikalangan para ulama’ seperti al-Syâtibi, al Razi dan al-Ghazali, antaranya menjelaskan bahawa makna asal jalbul masholih (menginginkan kebaikan) dan daf’u al mafasid (mencegah kerosakkan) adalah maslahah secara luas iaitu menjaga maksud dan tujuan syariat yang terperinci dalam lima hal iaitu agama, diri, akal, keturunan, dan harta. Jika kelimanya terpelihara, maka itu adalah maslahah sedangkan jika terabai, maka hal itu termasuk mafsadah. Dalam amalan kewangan Islam pengharaman unsur riba, gharar dan maysir adalah bertujuan untuk memelihara harta di kalangan manusia. Dalam situasi dharurah dan hajah, aspek maslahah dan mafsadah perlu diambilkira sekalipun bertentangan dengan prinsip-prinsp umum shara’ bagi tujuan menolak mafsadah. Kertaskerja ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana isu-isu kewangan Islam boleh ditangani berasaskan konsep maslahah dan mafsadah agar tujuan Shara’ untuk memelihara maslahah manusia tercapai.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohd Saufi saufi408@kelantan.uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Banks and banking. Qanun al-bunuk. Stock exchange > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 430-435 |
| Keywords: | Finance, Islamic law, Maslaha (Islamic law) |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132982 |
