Abstract
Kajian ini tertumpu kepada pelaksanaan Program Kem Kepimpinan Khalifah Muda 2023 yang diadakan di UiTM Cawangan Pahang (UCPh) Kampus Jengka. Program ini dianjurkan oleh UCPh dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Agro-Tech dan melibatkan penyertaan 192 orang pelajar daripada 16 buah sekolah luar bandar sebagai peserta program. Selain itu, 36 orang guru pengiring, 42 orang fasilitator dan 107 orang pensyarah dari pelbagai fakulti turut terlibat bagi menjayakan program ini. Malah, program ini turut mendapat sokongan dan bantuan daripada staf UCPh dan PKNP Agro-Tech. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memupuk kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar serta memberi pendedahan awal kepada suasana pengajian tinggi. Program ini berjaya mencapai objektifnya dengan mendapat maklum balas positif dari semua pihak yang terlibat. Aktiviti yang dijalankan termasuk ceramah, aktiviti riadah, latihan dalam kumpulan (LDK), dan aktiviti membina jati diri yang lain. Program ini memberi impak yang signifikan dalam mengembangkan kemahiran memimpin, pengurusan masa, dan aspek pengurusan diri peserta. Keseluruhannya, program ini memberikan manfaat yang besar kepada peserta dengan meningkatkan motivasi, membina semangat kerjasama, dan memperkukuhkan hubungan antara pelajar, fasilitator, dan warga UCPh. Di samping itu, program ini juga menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4 iaitu Pendidikan Berkualiti (Global Rewilding Initiatives, 2020). Hasil analisa keberkesanan program dan tahap kepuasan peserta menunjukkan bahawa program ini perlu diteruskan dan diperluaskan di masa hadapan untuk memberi peluang yang sama kepada lebih ramai pelajar.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Nurrohana nurrohana@uitm.edu.my Yahya, Norihan norihan@uitm.edu.my Ishak, Maisarah maisarahishak@uitm.edu.my Muhamed @ Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan faizalazrul@uitm.edu.my Wan Mohd Zaidi, Wan Muhammad Zafarul Haikal 2024698782@student.uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 79 |
| Keywords: | Kepimpinan, Khalifah muda, PKNP Agro-Tech, SDG4 |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132976 |
