Ilmu pemasaran digital membantu menjana pendapatan di kalangan usahawan miskin tegar di Negeri Kelantan

Husin, Suraya and Zahari, Nor Sabrina and Mat Rusok, Nur Hazelen and Che Mat, Rosfatihah and Mohamad, Siti Sarah (2024) Ilmu pemasaran digital membantu menjana pendapatan di kalangan usahawan miskin tegar di Negeri Kelantan. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 77. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Pemasaran digital dianggap relevan dan signifikan dalam mempengaruhi perniagaan pada masa kini. Kebarangkalian perniagaan yang tidak mengaplikasikan pemasaran digital tidak mampu bertahan lama seperti perniagaan yang lain pada abad ini kerana wujudnya perniagaan atas talian. Kini, ramai usahawan mula cakna dan melihat perkara berkenaan sebagai masa depan kepada dunia perniagaan. Dengan wujudnya pelbagai jenis platform e-dagang dan perkhidmatan jual beli secara dalam talian, secara tidak langsung menggalakkan kelahiran usahawan daripada pelbagai latar belakang. Usahawan B40 merupakan golongan yang harus diberikan perhatian bagi membantu memperkasakan perniagaan melalui capaian internet. Ini merangkumi kelompok belia, wanita, ibu tunggal serta suri rumah. Pihak kerajaan telah banyak menyediakan dan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha membantu usahawan dalam kalangan usahawan miskin tegar agar terus berkembang maju. Perlaksanaan program penghapusan miskin tegar melalui geran di bawah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan (ICU), pemasaran digital diperkasakan untuk capaian lebih ramai usahawan dalam kalangan B40 bagi membantu mereka keluar dalam kategori miskin tegar. Namun begitu, usahawan B40 itu sendiri perlu diberi pendedahan serta ilmu pengetahuan berkaitan pemasaran digital bagi membantu mereka menjalankan perniagaan atas talian. Para penyelidik daripada UiTM Kelantan yang terdiri daripada 20 orang pensyarah dan 5 pelajar ijazah diberi peluang menjelajah 6 daerah utama di Kelantan untuk menyampaikan ilmu pemasaran digital secara berkesan kepada usahawan B40. Usaha yang dilakukan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memperkasakan ekonomi digital seterusnya mengatasi masalah miskin tegar sepertimana objektif di dalam indikator SDG adalah untuk menghapuskan miskin tegar dan tiada kelaparan.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Husin, Suraya
surayahusin@uitm.edu.my
Zahari, Nor Sabrina
sabrina207@uitm.edu.my
Mat Rusok, Nur Hazelen
hazelen@uitm.edu.my
Che Mat, Rosfatihah
rosfa407@uitm.edu.my
Mohamad, Siti Sarah
sarah804@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General) > Exhibitions. Trade shows. World's fairs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 77
Keywords: Pemasaran digital, Usahawan B40, Miskin tegar, Perniagaan atas talian
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132973
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132973.pdf] Text
132973.pdf

Download (969kB)

ID Number

132973

Indexing

Statistic

Statistic details