Penerimaan masyarakat sekitar Daerah Rompin, Pahang terhadap sumbangan kemahiran CSR lukisan mural oleh pelajar Politeknik Muadzam Shah

Abdullah Johar, Nur Atiqah and Sharif, Nurshima Emalina (2024) Penerimaan masyarakat sekitar Daerah Rompin, Pahang terhadap sumbangan kemahiran CSR lukisan mural oleh pelajar Politeknik Muadzam Shah. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 75. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Lukisan mural adalah kegiatan seni visual yang semakin popular dalam kalangan masyarakat kini. Istilah "mural" berasal daripada perkataan Latin "murus" yang bermaksud dinding. Lukisan ini biasanya dilukis secara langsung pada permukaan besar seperti dinding bangunan, tembok, atau permukaan lain yang luas. Lukisan mural mempunyai keunikan tersendiri kerana ia berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan sering kali menjadi tarikan kepada orang ramai. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti tahap penerimaan masyarakat daerah Rompin yang tertumpu di sekitar bandar Muadzam Shah terhadap CSR seni lukisan mural yang dihasilkan oleh pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah (PMS) dan mengenalpasti tahap keberkesanan CSR lukisan mural terhadap moral masyarakat sekitar. Kajian ini memberi tumpuan kepada nilai estetika dan penerimaan masyarakat terhadap seni lukisan mural tersebut. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah analisis deskriptif secara kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang berbentuk tertutup. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 25) bagi mendapatkan data kekerapan dan peratusan responden. Hasil kajian menunjukkan lukisan mural semakin mendapat tempat yang positif dalam kalangan masyarakat kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran budaya, nilai estetika, dan penambahbaikan imej komuniti. Selain berfungsi sebagai hiasan visual, lukisan mural juga dapat membangkitkan rasa bangga dan memiliki dalam kalangan penduduk setempat. Ini kerana mural sering kali menyampaikan mesej-mesej positif yang mencerminkan identiti dan nilai-nilai yang dihargai oleh masyarakat sekitar. Kesan positif ini juga memberikan impak mendalam terhadap moral masyarakat. Mural yang dihargai oleh penduduk setempat berpotensi mencipta rasa kebersamaan dan tanggungjawab dalam memelihara karya seni tersebut serta menjaga kebersihan kawasan sekitarnya. Di samping itu, kehadiran seni lukisan mural di dinding sesuatu tempat dapat mencegah kegiatan vandalisme dan mengekalkan keindahan landskap kawasan tersebut.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah Johar, Nur Atiqah
UNSPECIFIED
Sharif, Nurshima Emalina
shima@pms.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Art and the state. Public art
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 75
Keywords: Lukisan mural, CSR, Masyarakat
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132968
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132968.pdf] Text
132968.pdf

Download (969kB)

ID Number

132968

Indexing

Statistic

Statistic details