Unsur eufemisme dalam peribahasa orang asli: satu penelitian awal

Pelet, Mohamad Nik Mat and Sarudin, Anida and Megat, Mutiara and Romli, Mohammad Fauzan (2024) Unsur eufemisme dalam peribahasa orang asli: satu penelitian awal. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 66. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Masyarakat orang Asli bukan sahaja mempunyai sistem bahasa yang tersendiri malah, bidangbidang lain termasuk bidang sastera seperti cerita dongeng, cerita rakyat, pantun dan peribahasa juga sangat sinonim dengan masyarakat tersebut. Kehidupan orang Asli yang agak jauh dari kawasan penempatan masyarakat lain menyebabkan pengamatan mereka terhadap keadaan sekeliling terbatas sekali gus menyukarkan mereka mencipta perlambangan berdasarkan objek yang wujud dengan tujuan berkias dalam menyampaikan nasihat dengan unsur seperti eufemisme. Unsur-unsur eufemisme merupakan unsur yang berkait dengan suatu ungkapan atau kata yang lebih lembut, sopan, dan manis didengar untuk menggantikan ungkapan atau kata yang lebih kasar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna peribahasa yang mengandungi unsur-unsur eufemisme. Dalam kajian berkaita eufemisme masih terdapat unsur-unsur yang belum lazim dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Justeru, 13 peribahasa telah dikenal pasti melalui analisis dokumen iaitu buku teks mata pelajaran Bahasa Semai sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun, hanya tiga peribahasa yang dianalisis melalui Pendekatan Semantik kognitif dengan menggunakan kerangka konsep Logik Simbolik dalam menganalisis data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa peribahasa berunsurkan eufemisme yang digunakan dalam kalangan masyarakat orang Asli sangat sinonim dengan kelakuan dan budaya masyarakat Melayu. Malah, kiasan yang digunakan dalam peribahasa tersebut juga jelas menggambarkan ketajaman fikiran dan kekayaan bahasa melalui unsur-unsur alam yang terdapat di sekitar mereka. Dapatan kajian ini juga mampu menghuraikan makna tersirat dan tersurat yang menjadi sebahagian daripada akal budi manusia tanpa mengira latar belakangnya termasuklah masyarakat orang Asli.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pelet, Mohamad Nik Mat
nikmat@uitm.edu.my
Sarudin, Anida
anida@fbk.upsi.edu.my
Megat, Mutiara
UNSPECIFIED
Romli, Mohammad Fauzan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 66
Keywords: eufemisme, peribahasa, orang Asli, penelitian awal
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132838
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132838.pdf] Text
132838.pdf

Download (969kB)

ID Number

132838

Indexing

Statistic

Statistic details