Abstract
Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan kewajipan solat, majlis keagamaan dan pusat aktiviti sosial umat Islam. Sejarah telah menunjukkan bahawa institusi masjid memainkan peranan penting sebagai agen perubahan dalam pembangunan sosioekonomi komuniti Muslim. Justeru, kertas kerja ini ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan masjid sebagai pusat pembangunan modal insan komuniti Muslim. Kedua, menganalisis peranan masjid dari aspek perekonomian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti Muslim di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan analisa kandungan. Data diperoleh daripada dokumen-dokumen yang relevan. Hasil kajian mendapati, peranan masjid dapat dioptimumkan dalam pelbagai aspek, termasuk pendidikan agama, latihan kemahiran, dan sokongan ekonomi, komuniti Muslim dapat berkembang secara holistik. Ini seterusnya membantu dalam meningkatkan kualiti hidup, memperkukuhkan perpaduan ummah, serta memperkasakan ekonomi komuniti Muslim di negara ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Ishak, Mohd Muhaizam muhaizam@uitm.edu.my Fazial, Farahdina farahdinafazial@uitm.edu.my Yusof, Siti Aisyah aisyah421@uitm.edu.my Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami msaiful0860@uitm.edu.my Ghazali, Nooramira nooramira_yaa@yahoo.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 64 |
| Keywords: | Masjid, Modal Insan, Ekonomi, Komuniti |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132834 |
