Abstract
Sektor pertanian memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara melalui sumbangannya kepada peningkatan pendapatan negara, perolehan eksport bahan mentah berasaskan pertanian, mewujudkan peluang pekerjaan, pembekal utama makanan dan juga penghasilan bahan mentah untuk industri berasaskan sumber pertanian. Berdasarkan Rancangan Struktur negeri Johor (Johor 2030), pemacu ekonomi utama di daerah Pontian adalah sektor perikanan dan pertanian. Namun begitu, pusat latihan dalam bidang berkaitan amat terhad dan ini menyukarkan komuniti setempat mendapatkan latihan yang bersesuaian. Berdasarkan permasalahan di atas juga, penawaran kursus dalam bidang pertanian sewajarnya mendapat perhatian komuniti. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti permintaan kursus agroteknologi dan pertanian lestari bagi pelaksanaan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi memperkasakan komuniti setempat. Selain itu juga objektif kajian adalah mengenalpasti kesesuaian pelaksanaan kursus berasaskan agroteknologi dan pertanian lestari bagi memperkasakan komuniti setempat. Metodologi kajian ini menggunakan kajian analisis data-data yang dikumpulkan melalui pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada komuniti setempat. Hasil kajian mendapati responden bersetuju dengan cadangan terhadap penawaran program dalam bidang agroteknologi dan pertanian lestari ini sebagai kursus PSH. Kajian juga menunjukkan pelaksanaan kursus agroteknologi dan pertanian lestari ini berpotensi merancakkan kegiatan aktiviti ekonomi setempat seterusnya menyokong usaha kerajaan negeri Johor memperkasakan sektor pertanian. Kesimpulannya, kajian ini akan menyokong penawaran kursus berasaskan agroteknologi dan pertanian lestari bagi pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Tanjung Piai.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Baidari, Noor Haslinda UNSPECIFIED Zaini, Zarina UNSPECIFIED Yahaya, Azwani UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > L Education (General) S Agriculture > S Agriculture (General) > Agroforestry T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 63 |
| Keywords: | Agroteknologi, Pertanian lestari, Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132830 |
