Abstract
Wanita merupakan tunjang kepada institusi kekeluargaan. Peranan wanita di zaman ini tidak hanya di rumah, malah skop tanggungjawab semakin besar dan menghampiri kepada peranan lelaki. Peningkatan kos sara hidup memaksa golongan wanita turut serta menggembleng tenaga bagi memastikan kelangsungan hidup. Objektif Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), adalah meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara. Jadi dengan penglibatan wanita dalam memastikan kebajikan sosioekonomi keluarga terjaga adalah amat penting. Oleh itu, inisiatif Kolej Komuniti Tanjung Piai (KKTP) menawarkan pelbagai jenis kursus urutan khas untuk wanita iaitu Urutan Tradisional, Urutan Refleksologi, Penjagaan dan Urutan Selepas Bersalin Siri 1 dan Siri 2 serta Urutan Terapi Strok Siri 1 dan Siri 2 menyokong kepada objektif KPWKM. Kajian telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan terhadap kursus-kursus yang telah ditawarkan. Objektif kajian ini adalah membantu peserta dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan. Seterusnya dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dengan perkhidmatan urutan yang ditawarkan dan dapat meningkatkan pendapatan. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif iaitu melalui soal selidik terhadap 51 orang peserta yang telah mengikuti pelbagai jenis kursus urutan di KKTP. Dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar peserta telah menghadiri lebih daripada satu kursus urutan yang ditawarkan. Responden bersetuju bahawa dengan mengikuti kursus urutan ini mereka dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri semasa mengurut. Seterusnya dapat meningkatan pendapatan dan memastikan kestabilan sosioekonomi keluarga. Kesimpulannya, penawaran pelbagai jenis kursus urutan di KKTP adalah wajar dan berkesan dalam memperkasakan wanita dalam perkhidmatan urutan.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mad Yusap @ Mohd Yusof, Sakina UNSPECIFIED Lainggeh @ Hj Abd Rahman, Siti Hajar UNSPECIFIED Baidari, Noor Haslinda UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) R Medicine > R Medicine (General) > Medical education. Medical schools. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 60 |
| Keywords: | Kursus urutan, Urutan, Wanita, Kemahiran |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132815 |
