SE.JA.JAR: sebuah inisiatif kelestarian di bandar Universiti Pagoh, Muar

Suhaimi, Mohamad Suhaizi (2024) SE.JA.JAR: sebuah inisiatif kelestarian di bandar Universiti Pagoh, Muar. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 59. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

SE.JA.JAR merupakan akronim bagi perkataan Semai, Jaga dan Jaringan yang mengetengahkan usaha komuniti warga Mahallah Zaid bin Harithah melestarikan alam di Bandar Universiti Pagoh, Muar, Johor. Komuniti dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu ‘Semai’ yang bertindak menanam sayur-sayuran untuk dijual, ‘Jaga’ pula mengutip sampah yang boleh dikitar semula di sekitar Bandar Universiti Pagoh dan yang terakhir iaitu ‘Jaringan’ yang bertindak menjalinkan hubungan kerjasama dengan persatuan atau pertubuhan sekitar Muar bagi merealisasikan projek SE.JA.JAR ini. Projek ini dijalankan berikutan terdapat isu pembuangan sampah yang sangat kritikal di sekitar kolej kediaman Bandar Universiti Pagoh dan ruang terbiar di Mahallah Zaid bin Harithah yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi laman fertigasi sayur-sayuran. Hal tersebut sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goal (SDGs) seperti SDG 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 11 iaitu Bandar dan Masyarakat Mampan. Selain itu, program Usrah in Action yang diketengahkan oleh Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjadi platform bagi SE.JA.JAR untuk dibawa ke peringkat seterusnya. Justeru, projek SE.JA.JAR berpotensi besar untuk diteruskan lagi di lokasi yang lain bagi menjamin kelestarian setempat mahupun sejagat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaimi, Mohamad Suhaizi
msuhaizi@iium.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
S Agriculture > S Agriculture (General) > Farmers
T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 59
Keywords: SE.JA.JAR, Kelestarian, Bandar Universiti Pagoh, Matlamat pembangunan mampan
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132808
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132808.pdf] Text
132808.pdf

Download (969kB)

ID Number

132808

Indexing

Statistic

Statistic details