Abstract
Tingkatan 1 merupakan tahun pertama bagi sesi persekolahan peringkat menengah di Malaysia. Dalam tempoh ini pelajar perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perkara baru seperti silibus pembelajaran, suasana persekitaran, waktu belajar dan juga cara hidup di sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh. Selain itu terdapat pelbagai isu yang melibat pelajar sekolah yang amat membimbangkan pada masa kini. Sebagai contoh isu buli, vape, kesihatan mental dan lain-lain. Oleh itu, satu Kem Motivasi Kepimpinan telah diadakan bagi pelajar tingkatan 1 di Maktab Sains Rendah Mara Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis bagi mengukuhkan hubungan antara pelajar. Ia bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan pelajar tingkatan 1. Selain itu, program ini juga membantu pelajar memahami dan menghargai kelebihan dan keunikan setiap orang. Program ini bertujuan untuk memberikan pelajar pengalaman yang berharga melalui aktiviti yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan. Program ini disertai oleh 115 orang pelajar tingkatan 1 MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis. Ia dijalankan selama dua hari yang meliputi aktiviti ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti sukan dan permainan. Analisa deskriptif dijalankan bagi menganalisa keberkesanan program terhadap pelajar. Hasil dari analisa menunjukkan majoriti pelajar berpuashati dan bersetuju program ini memberikan impak positif kepada mereka dan berharap program seperti ini boleh diadakan lagi di masa hadapan. Selain itu, pihak maktab juga berpuas hati dengan pelaksanaan dan objektif program ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hussin, Adibah dibah575@uitm.edu.my Mohamed @ Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan UNSPECIFIED Ishak, Maisarah maisarahishak@uitm.edu.my Abd Wahid, Normilia normilia@uitm.edu.my Samsuddin, Mawarti Ashik UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > Knowledge, Theory of (Islam) H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 58 |
| Keywords: | kem motivasi, pelajar sekolah, hubungan positif, CSR |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132803 |
