Abstract
Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah melaksanakan Audit Dalam Korporat ISO 9001:2015 Bil. 6/2025 dengan tema "Kepimpinan Teras Kompetensi РTj". Audit ini dijalankan terhadap 16 Pusat Tanggungjawab (PTj) dan melibatkan 38 orang Auditor pada 27 dan 28 Ogos 2025, manakala satu lagi PTj akan diaudit pada 2 hingga 3 September 2025. Pelaksanaan audit dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan pada 27 Ogos 2025 yang disertai seramai 137 orang staf pentadbiran dan akademik. Majlis dirasmikan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Profesor Dr. Haslinda Yusoff, Penolong Naib Canselor InQKA, diikuti penerangan auditan oleh YBrs. Prof. Madya Sr Dr. Kartina Alauddin, Ketua Sistem Audit UiTM. Kehadiran yang tinggi ini jelas mencerminkan semangat warga UiTM untuk mengamalkan budaya kualiti dan tadbir urus yang cemerlang.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, inQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, inQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132783 |
