Abstract
Pendidikan bukanlah sekadar satu proses yang membentuk minda, tetapi juga satu perjalanan ke arah pembangunan diri yang berterusan. Pembangunan diri bermula dengan penetapan matlamat yang jelas dan bermakna. Proses pembangunan diri ini melibatkan pembelajaran berterusan yang tidak hanya terbatas dalam usia muda, tetapi perlu diterapkan sehingga akhir hayat. Menteri Pengajian Tinggi dalam memorandum bertarikh 20 April 2005, telah memartabatkan Kolej Komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pembudayaan PSH direalisasikan melalui Lonjakan 3 iaitu “Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat” dan ini dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Pendidikan Tinggi (PPPM)(PT). Sekolah Integriti Kluang adalah sekolah di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Pelajar Sekolah Integriti Kluang merupakan pesalah muda berusia diantara 15 hingga 21 tahun yang datang daripada pelbagai latar belakang hidup. Di peringkat ini, rakan-rakan seusia mereka sedang giat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran manakala mereka hanya berpeluang memperolehinya daripada sumber dan kaedah yang terhad. Justeru, mereka kurang mempunyai pengetahuan dan kemahiran terutamanya dari aspek pembangunan diri. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan Kursus Pendek PSH-Pembangunan Diri terhadap pelajar Sekolah Integriti Kluang dari aspek peningkatan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan tahap keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. Kajian ini dilaksanakan dengan metodologi soal selidik yang melibatkan 20 orang responden Kursus Kemahiran Pengucapan Awam dan 20 orang responden Kursus Bina Jati Diri. Dapatan kajian menunjukkan hasil yang positif kepada para pelajar iaitu peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keyakinan selepas menghadiri kursus ini. Selain itu juga, kursus ini dapat membantu pelajar membina jati diri sebagai persediaan untuk mereka meneruskan kehidupan apabila dibebaskan kelak. Oleh itu, Kursus Pendek PSH-Pembangunan Diri yang dilaksanakan ini telah mencapai objektifnya iaitu memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah membentuk pemerkasaan masyarakat.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Baidari, Noor Haslinda UNSPECIFIED Mad Yusap@Mohd Yusof, Sakina UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 54 |
| Keywords: | Pembangunan diri, Pembelajaran sepanjang hayat, Sekolah integriti Kluang, Pesalah muda. |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132780 |
