Abstract
Shah Alam, 2 Julai 2025 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terus membuktikan kecemerlangan dalam pengurusan berkualiti dengan kejayaan mengekalkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2025 di mana audit ini telah dijalankan sejak tahun 2019. Audit pensijilan semula ini telah dilaksanakan oleh Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) selama dua hari bermula 1 hingga 2 Julai 2025. Audit ini telah diketuai oleh wakil LRQA, dengan dapatan menunjukkan bahawa UiTM Shah Alam tidak mencatat sebarang penemuan Ketidakakuran (Non-Conformity, NC) mahupun Peluang Penambahbaikan (Opportunity for Improvement, OFI). Keputusan ini secara langsung mencerminkan tahap kepatuhan dan keberkesanan sistem pengurusan kualiti universiti yang berada pada standard tertinggi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, inQKA UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
| Keywords: | KUALITI, inQKA, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132754 |
