Abstract
Menjadikan institusi yang dikenali dalam wadah pengajaran dan pembelajaran terbaik menuntut usaha mempromosikan Kolej Komuniti Tanjung Piai di mata masyarakat. Menarik dan kreatif dalam erti kata seperti ingin mengambil tahu apa yang berlaku atau sesuatu yang ingin disampaikan adalah cabaran dalam menjemput pengunjung ke ruang promosi institusi. KKTP Tools dihasilkan bagi memenuhi keperluan dalam penyampaian maklumat berkaitan institusi dengan gaya yang berbeza daripada biasa. Kaedah konvensional yang hanya meletakkan helaian promosi atau menghulurkan risalah menjadi kurang daya tarikan bagi pengunjung. KKTP Tools mempunyai reka bentuk yang menarik untuk pengunjung menyentuhnya dengan cara menggerakkan dan memusingkan batang-batang kayu bagi melihat informasi yang dipaparkan dalam bingkai-bingkai bersaiz A4. Pengisian informasi yang dipilih membantu dalam penyampaian maklumat kepada pengunjung yang datang dan mengeksplorasi informasi yang ada pada KKTP Tools. Elemen kreatif dalam menzahirkan sesuatu yang baru di atas meja promosi adalah sesuatu yang harus dilakukan. Bersaing dengan pelbagai institusi lain dalam ruang promosi menjadikan KKTP Tools lebih menyerlah dalam mewakili institusi khususnya Kolej Komuniti Tanjung Piai. Sapaan pertama yang menjadi cetusan perbualan antara wakil promosi institusi dengan pengunjung adalah tujuan penghasilan KKTP Tools dibuat. Imej yang diwakili oleh institusi tentu saja akan menjadi ingatan dan bualan dalam penyampaian informasi yang luar daripada kebiasaan. Sisipan yang diletakkan dalam setiap bingkai bersaiz A4 mempunyai kekuatan dalam nilai penyampaian. Menjadi jurucakap yang menyokong wakil promosi institusi, KKTP Tools mampu membuatkan pengunjung berhenti dan mendengar penyampaian maklumat yang ingin disampaikan. 40 orang wakil promosi yang dipilih bagi menjawab soal selidik yang diberikan adalah terdiri daripada 20 orang staf dan 20 orang pelajar. Penilaian maklum balas soal selidik berkaitan kajian menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0 digunakan dalam menganalisis data responden. Nilai purata skor min yang diperoleh adalah sebanyak 4.36 iaitu pada tahap tinggi. Secara langsung, KKTP Tools memberi nilai tambah kepada wakil promosi dalam mengembangkan nilai penyampaian yang berbeza melalui strategi promosi.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ishak, Hasealah UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my Chief Editor Anuar, Azyyati azyyati@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 30 |
| Keywords: | Promosi, Hebahan, Kreatif |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132574 |
