Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): impak terhadap pembangunan dan pemerkasaan komuniti

Md Yusoff, Mohd Sukor and Bashir, Muhammad Arif Aizat (2024) Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): impak terhadap pembangunan dan pemerkasaan komuniti. In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 19. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan untuk mempertingkatkan akses kepada maklumat di kalangan masyarakat Malaysia, terutama di kawasan luar bandar yang kurang mendapat liputan internet. Program ini menyediakan pusat akses maklumat yang lengkap dengan kemudahan komputer dan sambungan internet berkelajuan tinggi. Artikel ini menganalisis bagaimana NADI memberi impak positif terhadap pembangunan komuniti dan pemerkasaan masyarakat melalui tiga aspek utama iaitu penyediaan infrastruktur maklumat, peningkatan literasi digital, dan penglibatan masyarakat dalam inisiatif pemerkasaan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan data dikumpulkan melalui temubual mendalam dengan pengurus NADI dan ahli komuniti yang terlibat. Kajian kes dari beberapa lokasi NADI dianalisis untuk memahami kesan program ini secara mendalam, sementara dokumen-dokumen rasmi dari SKMM turut dianalisis untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang objektif dan pelaksanaan inisiatif ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa NADI memainkan peranan penting dalam mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar, memperkasa individu dengan kemahiran digital yang diperlukan untuk bersaing dalam ekonomi digital, serta menyokong pembangunan sosio-ekonomi secara holistik. Program latihan yang dijalankan di NADI mampu meningkatkan literasi digital di kalangan peserta, membuka peluang baru dalam pendidikan dan perniagaan, dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pemerkasaan digital. Secara keseluruhan, NADI bukan sahaja membantu meningkatkan akses kepada maklumat tetapi juga memacu pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Yusoff, Mohd Sukor
msukor863@uitm.edu.my
Bashir, Muhammad Arif Aizat
arif.aizat@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology
H Social Sciences > HM Sociology > Social structure
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 19
Keywords: NADI, Pembangunan komuniti, Pemerkasaan masyarakat, Literasi digital, Jurang digital
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132563
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132563.pdf] Text
132563.pdf

Download (969kB)

ID Number

132563

Indexing

Statistic

Statistic details