Hubungan ibu & anak remaja: cabaran dan harapan

Sulong @ A. Rashid, Ruzaidah and Abdullah, Nurmuslimah Kamilah and Azlan, Nik Noor Afizah and Muhamad Khodri Harahap, Atif Zuhri (2025) Hubungan ibu & anak remaja: cabaran dan harapan. Bulletin. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.
Abstract

Hubungan antara ibu dan anak sama ada lelaki atau perempuan ialah sebuah ikatan yang unik, terbina sejak lahir dan terus berkembang sepanjang kehidupan. Namun, apabila anak meningkat remaja, hubungan ini sering diuji dengan pelbagai cabaran. Fasa remaja adalah tempoh peralihan penting di mana individu mencari identiti, kebebasan, serta cuba menegakkan pendirian sendiri. Perubahan ini kadangkala menimbulkan konflik dengan ibu, yang sering dianggap terlalu mengawal atau kurang memahami perasaan remaja. Walau bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan bahawa hubungan ibu dan anak remaja tetap menjadi faktor penting dalam membentuk kesejahteraan emosi, akademik, dan sosial mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 132548.pdf]
Text
132548.pdf
Download (430kB)
Indexing & Metrics