Perlaksanaan dan impak program sosio-ekonomi: kajian kes dalam kalangan pelajar di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Nooh, Mohammad Noorizzuddin and Ismail, Anita and Mohd Soffian Lee, Umi Hamidaton (2024) Perlaksanaan dan impak program sosio-ekonomi: kajian kes dalam kalangan pelajar di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). In: International Symposium on Community Social Responsibility (i-CSR) 2024 “Synergizing For Social Impact: Collaborative Community Strategies. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 12. ISBN 9789672948674

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/icsr2024/home

Abstract

Kesejahteraan sosio ekonomi pelajar menjadi asas kepada peningkatan kualiti akademik dan kelangsungan hidup terutama melibatkan keperluan material seperti kewangan dan fasiliti. Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan untuk memastikan kelangsungan pembangunan modal insan khususnya melibatkan pelajar terutama yang kurang berkemampuan diberi tumpuan dan perhatian. Justeru, kajian melibatkan pelaksanaan dan sejauh mana program yang dilaksanakan wajar diketengahkan bagi memastikan kesejahteraan pelajar yang terlibat. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk memgumpul data daripada 149 pelajar di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM dan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah digunakan dalam menganalisis data. Dua objektif utama kajian ini adalah membincangkan program sosio-ekonomi yang dilaksanakan dan menilai impak perlaksanaan program yang melibatkan pelajar B40 yang kurang berkemampuan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua program utama yang berjaya dilaksanakan adalah Gerobok Rezeki and Bilik Komputer Infaq Al-Kauthar. Selain itu, impak perlaksanaan program ini mampu meningkatkan prestasi akademik, kesejahteraan pelajar dan penyelidikan. Usaha yang telah dilaksanakan sejajar dengan dasar kerajaan untuk membangunkan golongan B40 dan kurang berkemampuan tertumpu kepada pelbagai aspek seperti fizikal, ekoomi dan modal insan. Bantuan melalui pelbagai program di peringkat fakulti mampu memberi kesan signifikan terhadap kualiti hidup dari aspek pendidikan pelajar.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nooh, Mohammad Noorizzuddin
noorizzuddin@usim.edu.my
Ismail, Anita
anitaismail@usim.edu.my
Mohd Soffian Lee, Umi Hamidaton
umihamidaton@usim.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Md Hashim, Azhari
azhari033@uitm.edu.my
Chief Editor
Anuar, Azyyati
azyyati@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
J Political Science > JA Political science (General) > Political science
L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 12
Keywords: B40, program sosio-ekonomi, gerobok rezeki, Bilik Komputer Infaq Al-Kauthar, SPSS
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132466
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 132466.pdf] Text
132466.pdf

Download (969kB)

ID Number

132466

Indexing

Statistic

Statistic details