Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang menjadi asas kepada keimanan dan kesejahteraan umat Islam, la bukan sekadar tanggungjawab individu kepada Allah, tetapi juga satu mekanisme sosial dan ekonomi bagi membasmi kemiskinan serta mengimbangi agihan kekayaan dalam masyarakat Walau bagaimanapun, realiti menunjukkan bahawa tahap kesedaran umat Islam terhadap kewajipan zakat masih rendah. Walaupun zakat fitrah dilaksanakan hampir oleh semua umat Islam setiap tahun, akan tetapi, zakat harta. zakat pendapatan, dan zakat perniagaan sering diabaikan. Fenomena ini membangkitkan satu persoalan; Mengapakah masyarakat masih belum cakna terhadap kewajipan yang jelas disebut dalam al-Quran dan Sunnah (Hairun, 2020)? Lebih membimbangkan, kelalaian terhadap kewajipan zakat ini menjadikan kita berhutang dengan rukun Islam itu sendiri dan menjadi satu kelalaian yang bukan sahaja menjejaskan hak asnaf, tetapi juga menghalang kita daripada meraih rahmat dan redha Allah S.W.T
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Fathiyah fathi260@uitm.edu.my Harun, Nur Syikri nursyikri@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Mohd Zahari, Ahmad Suffian ahmadsuf@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Terengganu |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
| Journal or Publication Title: | BizNewz |
| ISSN: | 2600 9811 |
| Keywords: | Zakat, Rukun Islam, Mekanisme sosial dan ekonomi |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132464 |
132464.pdf
