Abstract
Penggunaan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) semakin meluas dalam dunia akademik, terutamanya dalam melengkapkan penulisan tesis, disertasi, laporan projek akhir, atau artikel ilmiah. AI menawarkan kelebihan dalam penyuntingan bahasa, analisis data, dan pengurusan rujukan. Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap penyalahgunaan teknologi ini menuntut penyediaan garis panduan yang holistik bagi memastikan ia digunakan secara etikal dan bertanggungjawab. Kertas ini membentangkan garis panduan yang dibangunkan melalui kajian literatur, berdasarkan semakan dokumen polisi, piawaian etika antarabangsa, dan panduan penggunaan AI dalam institusi pendidikan tinggi. Cadangan garis panduan ini merangkumi prinsip asas seperti penggunaan AI sebagai alat sokongan, pemantauan penyelia, serta keterbukaan dalam pengisytiharan penggunaannya. Ia juga memperincikan aktiviti yang dibenarkan dan dilarang dalam penjanaan kandungan, penyuntingan, penganalisisan data, dan pengurusan rujukan. Selain itu, Borang Deklarasi Penggunaan AI diperkenalkan bagi memastikan pematuhan etika akademik yang tinggi. Garis panduan ini bertujuan memelihara keaslian dan ketelusan dalam penulisan hasil penyelidikan disamping menggalakkan penggunaan teknologi AI secara inovatif. Justeru, institusi pengajian tinggi disarankan untuk mengadaptasi panduan ini untuk disuaipadankan dalam dasar integriti akademik mereka.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Ali, Irwan UNSPECIFIED A Rahman, Mohd Rahimi UNSPECIFIED Mohamed, Nur Anis Asneeda UNSPECIFIED Ahmad Zawawi, Zuraihana UNSPECIFIED |
| Subjects: | Q Science > Q Science (General) > Back propagation (Artificial intelligence) Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
| Journal or Publication Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Title: | The 14th international invention, innovation & design competition 2025 (INDES 2025) |
| Event Dates: | 2025 |
| Page Range: | pp. 260-263 |
| Keywords: | Kecerdasan Buatan (AI), Etika akademik, Garis panduan |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132454 |
