Abstract
Program ini merupakan inisiatif bersama pihak Pusat Asasi UITM Dengkil bersama Akademi Pengajian Bahasa dalam melestarikan pengajaran serta pembelajaran Bahasa Inggeris secara komprehensif menerusi penglibatan masyarakat serta komuniti luar .Program selama dua jam ini melibatkan penyertaan serentak 2528 pelajar Pusat Asasi UiTM merangkumi 1578 pelajar Asasi Sains dan 950 pelajar Asasi Kejuruteraan dan 9741 murid sekolah rendah dan 48 pensyarah pengiring di 8 sekolah terpilih di sekitar Putrajaya dan Dengkil. Peranan program ini adalah sebagai satu platfom yang ideal bagi pelajar UiTM untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan mengendalikan modul pengajaran sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris berasaskan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Melalui program ini, Pusat Asasi telah menerima pengiktirafan yang tercatat dalam Malaysia Book Of Record bagi Penyertaan Pelajar Teramai secara Serentak menerusi Program Aktiviti Bahasa Inggeris atau pun "The Largest Simultaneous Student Participation in an English Activity Programme".
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pusat Asasi UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Keywords: | Pusat Asasi, Dengkil , Cawangan Selangor |
| Date: | 2020 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132435 |
