Abstract
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA) 2019 anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) Pusat Asasi telah diadakan di Hotel UiTM Shah Alam pada 04 Januari 2020 bagi meraikan 79 orang pelajar yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan akhir sesi Jun-Oktober 2019 di mana pelajar-pelajar ini mendapat keputusan CGPA 4.00 (UITM). Majlis ini secara tidak langsung dapat memberi lagi tambahan semangat dan motivasi kepada para pelajar dalam meneruskan kecemerlangan akademik selain menjadi inspirasi kepada pelajarpelajar yang lain. Terdapat juga Anugerah Pelajar Terbaik bagi setiap program dan Anugerah Kepimpinan Akademik Terbaik. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Asasi di mana turut hadir bersama dari barisan pengurusan tertinggi, Ketua-ketua Pusat Pengajian dan Koordinator Kursus. Para ibu bapa pelajar juga turut dijemput hadir ke majlis ini.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pusat Asasi UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Keywords: | Pusat Asasi, Dengkil , Cawangan Selangor |
| Date: | 2020 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132420 |
