Abstract
Perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) memainkan peranan yang sangat penting bagi merealisasikan pelajar yang unggul selaras dengan perkembangan pendidikan abad 21. Kertas kerja ini adalah satu tinjauan literatur bagi mengenalpasti kesan penyalahgunaan media sosial terhadap perubahan tingkah laku pelajar sekolah menengah. Media sosial merupakan bahan digital dan interaktif yang bertindak sebagai perantara perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat dan berhubung dengan mudah, cepat dan murah. Dengan kemudahan internet, manusia di seluruh pelusuk dunia boleh disatukan hanya di hujung jari tanpa adanya batasan waktu dan jarak melalui media sosial. Perkhidmatan yang dimiliki, membolehkan setiap orang berupaya mencipta laman peribadi, berhubung, berkongsi maklumat, berkomunikasi serta memberi komen. Kemunculan pelbagai gajet moden yang mesra pengguna seperti telefon pintar, tablet, iPhone, Android dan sebagainya mampu dimiliki oleh sebahagian besar pelajar sekolah. Tambahan pula pada hari ini penyedia rangkaian internet berlumba-lumba menawarkan pakej hebat dengan kadar bayaran serendah RM5 telah menarik minat pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan pelajar. Tanpa kita sedari, keterbukaan dan kemampuan capaian yang hebat ini telah memberi impak dan perubahan yang besar terhadap tingkah laku golongan pelajar. Antara perubahan sikap yang dialami oleh pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan media sosial ialah keterlibatan dengan masalah keruntuhan akhlak, jenayah siber, agresif, kemurungan, ketagihan dan membazir masa serta kesunyian dan anti sosial. Kesimpulannya didapati bahawa pelajar sekolah menengah menggunakan pelbagai kemudahan laman media sosial untuk tujuan hiburan dan hubungan sosial melebihi daripada penggunaan untuk pembelajaran dan mendapatkan maklumat berguna. Senario ini telah mengundang kepada berlakunya perubahan tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh sebab itulah ibu bapa, penjaga, ahli keluarga serta guru perlu mengawasi dan memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak supaya mereka hanya menggunakan rangkaian media sosial yang bersesuaian dengan umur dan tahap penggunaannya.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mazulizam mazulizamismail@gmail.com Abdullah, Abdul Hakim hakimabd@unisza.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Youth > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 381-386 |
| Keywords: | High school students, Internet addiction, Social media and teenagers |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132408 |
