Abstract
"Cabaran Kenyalang di Bawah Bayu" merupakan aktiviti yang paling mencabar yang pernah dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK) UiTM Sarawak. Objektif utama program ini adalah untuk menakluk puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu setinggi 4095.2 meter Di samping itu, aktiviti ini juga bertu-juan untuk melatih para peserta untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan. Semua peserta telah berjaya mencapai matlamat itu pada 12 Ogos. Antara aktiviti lain yang telah dilangsungkan ialah lawatan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Muzium Sabah dan UiTM Sabah. Semua lawatan ini amat menarik terutama lawatan ke UMS di mana pemandangan sekitar adalah saujana mata memandang. Di samping itu persekitaran UiTM Sabah amatlah mempesonakan kerana kedudukan UiTM Sabah yang terletak di lereng bukit. Lawatan ke Muzium Sabah pula amat berinformasi kerana pelbagai artifak dan pameran berkenaan Sabah dipamerkan. ketika kami mengadakan lawatan ke sana.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nawawi, Rafidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | Info Kampus UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | Cabaran Kenyalang, UiTM Sarawak, Gunung Kinabalu, JPKK |
| Date: | August 2004 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/132368 |
